Menjelang beberapa hari sebelum pendedahan penuhnya, umum masih belum mengetahui apakah judul rasmi Battlefield seterusnya.
Walaupun sebelum ini begitu yakin yang ia hanya akan berjudul ‘Battlefield’, orang industri tersohor, Tom Henderson kini hadir dengan khabar angin judul baharu.
Menurutnya, game shooter akan datang itu bakal berjudul ‘Battlefield 2042’. Signifikannya judul ini adalah ia mungkin menggunakan latar belakang 100 tahun selepas Battlefield 1942 (2002), dan 100 tahun sebelum Battlefield 2142 (2006).
Laporan ini turut menyatakan yang sesi open beta akan diadakan pada bulan ini, bakal diumumkan semasa acara pendedahannya itu pada Rabu ini.
Apa pun judulnya, sama ada khabar angin ini sahih ataupun palsu, segala-galanya akan terjawab dalam acara pendedahannya pada 9 Jun, 10 malam (waktu Malaysia). Boleh tontonnya di Youtube rasmi Battlefield.
Baca lagi:
- Screenshot Dari Gameplay Battlefield 6 Pula Tertiris, Memaparkan Beberapa Kenderaan Moden
- Battlefield 2021 Disahkan Akan Turut Dilancarkan Ke PS4, Xbox One
Comments
Loading…