Battlefield yang seterusnya nampaknya seakan sudah disahkan akan mempunyai single-player campaign.
Perkara ini dapat diketahui melalui penawaran jawatan kosong yang dibuka di laman web rasmi EA, lapor PCGamesN.
Jawatan ‘Design Director’ (Pengarah Rekaan) di Battlefield Seattle Studio kini diklankan. Antara tugas yang dinyatakan dalam deskripsi kerjanya adalah “akan menguruskan pasukan rekaan dan visi rekaan untuk sebuah campaign Battlefield yang baharu”.
“Tugas anda adalah untuk menggenggam rukun asas francais Battlefield dan memastikan ia dijalin mengikut semua lapisan untuk single player campaign yang direka dengan baik. Anda akan membina pasukan rekaan dan budaya studio dan mencipta satu campaign hebat dari konsep hingga pelancaran.”
Antara tanggungjawab dan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan ini adalah “mendefinisikan dan mengetuai usaha-usaha rekaan yang perlu untuk mencipta satu pengalaman single player campaign terbaik”, serta “bersemangat dan memahami single player campaign dan bagaimana untuk menginovasikan dalam kerangka tersebut”.
Walaupun francais Battlefield tidak mempunyai campaign yang sepopular francais Call of Duty, ia pernah membawakan beberapa campaign yang menjadi kegemaran ramai, antaranya dalam Battlefield: Bad Company 2 dan Battlefield 3.
Game terbarunya, Battlefield 2042 menerima kecaman yang begitu teruk, salah satunya disebabkan ketiadaan single player campaign.
Comments
Loading…