in , , , ,

Battlefield Portal Diumumkan, ‘Surat Cinta’ Untuk Peminat, Gabungkan Battlefield 1942, Bad Company 2, 3, 2042

Mode misteri dalam Battlefield 2042 yang selama ini dicanang sebagai ‘surat cinta’ kepada peminat tegar siri Battlefield akhirnya diumumkan dalam EA Play Live 2021 yang baru sahaja tamat sebentar tadi.

Digelar Battlefield Portal, ia bakal membawakan satu pengalaman yang menggila — menggabungkan Battlefield 1942, Battlefield: Bad Company 2, Battlefield 3 dan tentunya Battlefield 2042 yang terbaharu.

Para pemain diberikan kebebasan yang begitu besar untuk mencipta dan mengubahsuai mode ini dengan peraturan sendiri, senjata, kenderaan, gajet, kostum dan map — merentasi keempat-empat game Battlefield ini.

Map-map yang akan boleh dimainkan dalam Portal adalah kesemua 7 map dari Battlefield 2042 yang telah diumumkan sebelum ini, serta 6 map klasik tambahan yang cukup ikonik, iaitu:

  • Battle Of The Bulge (Battlefield 1942)
  • El Alamein (Battlefield 1942)
  • Arica Harbor (Battlefield: Bad Company 2)
  • Valparaiso (Battlefield: Bad Company 2)
  • Caspian Border (Battlefield 3)
  • Noshahr Canals (Battlefield 3)

Seperti beberapa game lain yang membenarkan pemain mencipta game mode sandbox sendiri dan berkongsikannya kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia, Portal juga akan melakukan perkara yang sama, ianya digelar Experience. Pemain boleh mainkan Experience yang direka oleh pemain lain, serta akan ada senarai rasmi yang ditampilkan oleh EA yang memilih beberapa Experience yang menarik.

Antara peraturan menggila yang boleh dibikin dalam Portal adalah:

  • Quantity vs Quality: 24 pemain dengan senjata/gajet moden, menentang 32 pemain dengan senjata/gajet zaman Perang Dunia Kedua.
  • Robotman: Seorang pemain dengan senjata lengkap, menentang 24 pemain lain yang hanya menggunakan EOD bot.

Portal akan ditampilkan semasa hari pertama pelancaran Battlefield 2042.

Korang boleh baca info lanjut tentang Battlefield Portal di laman rasminya.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Witcher: Nightmare of the Wolf Paparkan Trailer Penuh, Barisan Pelakon Suara Didedahkan

Dead Space Remake Diumumkan Secara Rasmi Untuk PS5, PC, Xbox Series, Saksikan Teaser Trailer