in , ,

Battlefield Mobile Akan Mula Masuk Fasa Beta Tahun Ini, Ada Grand Bazaar, Conquest

Beberapa bulan lalu, EA dan DICE telah mengumumkan Battlefield Mobile yang dijadualkan akan dilancarkan pada 2022 — merupakan satu versi yang berbeza daripada versi untuk PC dan konsol.

Terkini, mereka telah berkongsikan perkembangan terbaharu untuk game shooter itu dalam satu kenyataan berformat soalan lazim (FAQ).

Battlefield Mobile akan mula memasuki fasa beta pada hujung tahun ini. Seperti kebanyakan game mobile lain, fasa beta ini akan dilancarkan secara berperingkat, di mana ia akan tersedia untuk para pemain Android di Indonesia dan Filipina terlebih dulu.

Laman untuk Battlefield Mobile di Google Play Store sudahpun boleh dilihat. Apabila ia dilancarkan ke satu-satu negara, para pemain di negara tersebut boleh melakukan pra-pendaftaran.

Mereka menjanjikan yang Battlefield Mobile akan menyajikan gameplay yang mencirikan sebuah game Battlefield. Buat masa ini, kata DICE, hanya satu map dan satu mode diumumkan, iaitu Grand Bazaar dan Conquest.

DICE sekali lagi mengingatkan bahawa Battlefield Mobile merupakan sebuah game percuma (free-to-play) di mana item-item yang dijual dalam game itu kelak hanyalah bersifat kosmetik.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042 Kongsikan Gameplay Baru – Memperkenalkan 4 Specialist Serta Abiliti Masing-Masing

Selepas Dikecam, Sony Beri Naik Taraf Percuma PS4/PS5 Untuk Semua Edisi Horizon Forbidden West