in , , ,

Battlefield Baru Akan Dilancarkan Penghujung 2021 Dengan Skala Yang Tak Pernah Disaksikan

Game Battlefield paling terkini, iaitu Battlefield V sejujurnya tidak memberikan impak yang cukup besar jika dibandingkan dengan siri-sirinya sebelum itu. Sebagai peminat tegar Battlefield sendiri, kami merasakan game yang dilancarkan pada 2018 itu tidak mencapai kepuasan sebenar Battlefield.

Para peminat ketika ini sedang menantikan penuh sabar untuk DICE membangunkan Battlefield yang seterusnya, dan daripada laporan kewangan terbaharu EA, mereka telah berkongsikan serba sedikit perkembangan game tersebut.

EA mendedahkan bahawa Battlefield seterusnya, yang masih belum diumumkan judulnya, akan dijadualkan dilancarkan pada penghujung tahun 2021, dan mereka akan berkongsikan butiran mengenainya pada musim bunga 2021 (sekitar Mac hingga Jun).

CEA EA, Andrew Wilson berkata:

“DICE sedang membangunkan game Battlefield kami seterusnya dengan skala yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Kecanggihan teknikal dalam konsol-konsol baharu membenarkan pasukan kita menyampaikan visi generasi seterusnya yang sebenar untuk francais ini.”

“Permainan percubaan sedang dijalankan secara dalaman, dan pasukan kita telah menerima maklumbalas terhadap game ini dalam waktu kita telah mula mendekati komuniti kita.”

Map-Map Nostalgia Bakal Kembali Dalam Battlefield V, Saksikan Trailer Terbaru Pertempuran Pasifik

Pada Jun lalu, DICE telah melancarkan kemaskini terakhir untuk Battlefield V, sekaligus memberikan mereka fokus sepenuhnya untuk membangunkan Battlefield seterusnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Kemaskini Baru FIFA 21 Buat Pengadil Kurangkan Kekerapan Beri Kad Kuning

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

PS5 Tak Menyokong Penambahan Storan SSD Pada Hari Pertama Pelancaran