in , , ,

Battlefield 6 Dikatakan Mempunyai Elemen Percuma, Battle Pass, Kemusnahan Melampau

Selagi DICE tidak berkongsikan apa-apa butiran secara rasmi mengenai Battlefield seterusnya, maka selagi itu kita akan disajikan dengan bermacam laporan yang penuh teka-teki.

Tom Henderson, orang dalam industri yang sering mendedahkan butiran tentang game-game Battlefield, telah berkongsikan beberapa info baharu yang agak menarik. Info ini dikongsikan di channel TheLongSensation, dan diringkaskan di Reddit.

Menurut Henderson, Battlefield 6 (atau apa jua judul rasmi yang digunakan kelak) akan menyajikan kemusnahan persekitaran dan bangunan atau biasa komuniti Battlefield gelarnya sebagai Levolution yang “melampau”.

Para pemain dikatakan mampu memusnahkan kebanyakan bangunan kecuali bangunan-bangunan yang di dalamnya ada objektif. Titik di mana pemain musnahkan bangunan itu akan menjadi faktor kepada ke arah mana bangunan itu akan tumbang.

Bilangan satu skuad dikhabarkan akan kembali menjadi empat pemain sahaja, berbeza dengan Battlefield V yang membenarkan sehingga lima orang pemain dalam satu-satu skuad. Pengkelasan tradisional iaitu Assault, Engineer, Support, dan Recon bakal kembali.

Satu fungsi baharu yang akan diperkenalkan ialah ‘Unit’, di mana beberapa skuad boleh diletakkan dalam satu Unit yang sama.

Lebih menarik, Henderson mengatakan yang terdapat elemen percuma (free-to-play) akan ditampilkan dalam game ini kelak — kemungkinan besar adalah mode battle royale. Malah, mereka juga dikatakan akan memperkenalkan sistem Battle Pass.

Sekali lagi, beliau mengingatkan yang Battlefield 6 akan membawakan fungsi cross-play antara semua platform yang akan dilancarkan termasuk PC, PlayStation dan Xbox — sesuatu yang sudah pernah kita dengar sebelum ini.

EA pada minggu lalu telah mengesahkan yang Battlefield seterusnya akan dilancarkan pada hujung tahun ini, dan pembangunannya sudah berada jauh ke hadapan berbanding apa yang dijadualkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mod The Mandalorian Dan Baby Yoda Ditambah Oleh Peminat Dalam Star Wars Battlefront 2

Satu Game Star Wars Skala Kecil Oleh EA Akan Dilancarkan Tahun Ini – Khabar Angin

FIFA 21 Akan Dilancarkan Pada Oktober - Beli Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5

EA, UEFA Lanjutkan Kerjasama, Banyak Game FIFA Mobile Sedang Dibangunkan