in ,

Battlefield 6 Akan Ada Battle Royale Percuma Macam Call of Duty: Warzone?

EA dan DICE dilaporkan ada mengedarkan kaji selidik untuk komuniti Battlefield. Antara isi kaji selidik tersebut telah dikongsikan oleh Lossy dalam satu video Youtube-nya.

Ia mungkin hanya satu kaji selidik yang biasa, namun ada beberapa soalan yang meminta maklum balas tentang satu-satu ciri spesifik yang mungkin akan ditampilkan dalam Battlefield seterusnya (belum ada judul rasmi). Berikut adalah beberapa soalan yang ditanyakan dalam kaji selidik itu:

  • Mode percuma
  • Kemaskini map (map sedia ada bertukar bentuk sedikit berbeza)
  • Battle Pass yang mempunyai dua tingkat iaitu yang percuma dengan yang berbayar
  • Sistem clan/guild yang mempunyai ciri-ciri seperti ahli seramai 100, clan chat, cabaran-cabaran bersama clan, statistik clan dan lain-lain.

Menurut satu lagi laporan oleh Roberto Serrano’ dari 4News.it, mode battle royale percuma, seumpama Call of Duty: Warzone, akan dilancarkan pada awal tahun 2022 — berbeza dengan game tradisional Battlefield baharu yang akan dilancarkan penghujung tahun ini.

Seperti biasa, ia masih lagi satu khabar angin selagi ia belum diumumkan secara rasmi oleh EA dan DICE. Sementara itu, sama-samalah kita nantikan sebarang info rasmi Battlefield seterusnya, yang mana acara pendedahan penuh dijangka akan berlangsung pada Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nascar Dan Formula 1 Akan Dibawa Masuk Dalam Rocket League Season 3

Wild Hunt Kelihatan Dalam Penggambaran Musim Kedua The Witcher Netflix