in

Battlefield 5: Tarikh & DLC Dah Leaked?! Betul Ke Bohong?

Kali ini, terlalu banyak info mengenai Battlefield 5 sudah tertiris. Persoalannya, sahih atau hanya rekaan para peminat?

Dalam satu post Reddit yang dikeluarkan oleh HolyMoly45, ia telah menampilkan 3 gambar yang memberikan banyak maklumat mengenai Battlefield 5. Dalam gambar-gambar tersebut, ia lengkap dengan maklumat seperti logo, tarikh akan diperkenalkan, tarikh pelancaran DLC, nama DLC dan banyak lagi!

Gambar pertama menunjukkan berkemungkinan poster untuk DLC pertama yang diberi nama Eastern Front. Info lengkap mengenai DLC ini turut disertakan dalam gamber ketiga.

zfKwyCL

Gambar kedua pula menunjukkan satu lagi poster. Ia telah memperlihatkan tarikh rasmi Battlefield 5 akan mula diperkenalkan kepada umum, iaitu pada 12 Jun – pastinya pada E3 tahun ini.

CJhueLr

Gambar ketiga pula telah mendedahkan TERLALU banyak info mengenai segala DLC yang bakal dikeluarkan kelak. Lengkap dengan nama kesemua DLC, tarikh pelancaran, setiap map untuk setiap DLC serta setiap game mode baharu untuk setiap DLC.

Apa yang berjaya menarik mata kami pastinya adalah DLC Fallen Dragon. Satu DLC yang mengembalikan semula 4 map paling popular dari Battlefield 4, iaitu Siege of Shanghai, Operation Locker, Golmud Railway dan Zavod 311. Ia adalah model DLC yang sama seperti Second Assault di Battlefield 4, yang mana membawa semula 4 map paling popular dari Battlefield 3, iaitu Operation Metro, Operation Firestorm, Caspian Border dan Gulf of Oman.

crwJthQ

Namun begitu, di sebalik “leaked” yang kelihatan seperti sahih jika dilihat dengan sekali imbas ini, ia sangat menimbulkan keraguan.

Ia telah menimbulkan kemarahan beberapa redditor yang lain sehingga timbul dua lagi post, ini dan ini, yang membincangkan serta menangkis maklumat yang telah didedahkan sebelum itu. Mereka mengatakan “leaked” tersebut hanyalah rekaan HolyMoly45.

Antara punca “leaked” ini menimbulkan kesangsian adalah redditor yang berkongsi “leaked” ini hanya baru mendaftar di Reddit beberapa jam yang lepas dan paling penting, gambar-gambar yang dimuatnaik ini tidak disertakan dengan sumber.

Lebih-lebih lagi, map-map remake dari Battlefield 4 itu diletakkan “2016” di belakangnya. Tidak mungkin DLC kononnya Fallen Dragon itu akan dikeluarkan pada tahun ini juga kerana tarikh pelancaran Battlefield 5 juga sudah menghampiri akhir tahun ini. Paling awal, mungkin DLC kedua itu akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan, sekiranya ia adalah “leaked” yang benar.

Pada pendapat kami pula, sukar untuk memutuskan sama ada ia adalah “leaked” yang sahih atau pun tidak. Beberapa faktor menyebabkan sukar untuk mempercayai redditor tersebut, namun, model dan info DLC yang didedahkan, boleh dikatakan sangat bercirikan apa yang sering dibawakan DICE.

battlefield

Sebelum ini, sumber sahih dan rasmi telah mengesahkan bahawa Battlefield seterusnya yang dibangunkan oleh DICE akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Terdapat juga beberapa maklumat yang tertiris mengatakan ia bakal berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama.

Jadi, macam mana dengan pendapat anda? Adakah “leaked” ini boleh dipercayai? Sekiranya ianya benar, adakah info-info yang telah didedahkan ini membuat anda teruja atau sebaliknya?

Kongsikan pendapat anda dengan kami di ruangan komen di bawah. Buat macam rumah sendiri.

JomBaca: Battlefield 4: DICE Umumkan Tiada Lagi Content Baru Akan Datang!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Patch 2.3 Bakal Mengimbangi Gameplay Frost & Buck!

PlayStation VR: Kemungkinan Bertapak Di PC Juga!