in

Battlefield 5: Beberapa Screenshots Mula Leaked, Watak Utama Adalah Wanita!

Semakin kita bersabar menunggu pengumuman rasmi daripada EA dan DICE, semakin banyak pula maklumat yang tertiris mengenai Battlefield 5.

battlefield

Dalam satu video pendedahan yang dikeluarkan Youtuber, IceManAuz memberitahu bahawa sumber beliau yang sering mendedahkan berita sahih, telah menghantar beliau satu emel yang memberikan beberapa maklumat terbaru mengenai Battlefield 5.

Emel tersebut mengatakan siri Battlefield yang seterusnya ini akan menggunakan latar belakang masa hadapan yang terdekat (near future). Lokasi-lokasi yang bakal digunakan di kedua-dua Single-player dan Multiplayer mode pula akan bertempat di Amerika Utara, kebanyakannya di negara Amerika Syarikat.

Apa yang lebih menarik, watak utama dalam game ini nanti adalah seorang wanita! Nampaknya, dengan trend penceritaan game masakini, golongan wanita semakin mendapat tempat untuk memimpin sesebuah jalan cerita, seterusnya menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai peranan yang penting dalam kisah-kisah peperangan.

Selain itu, dalam emel tersebut juga mengatakan bahawa Battlefield 5 bakal mengetengahkan fungsi dalam game yang besar, iaitu dengan kehadiran pertukaran cuaca semasa in-game, yang bakal membawakan puting beliung, ribut petir, ribut salji, banjir dan banyak lagi. Ia juga dikatakan terdapat pertukaran malam dan siang ketika in-game.

Di samping itu, dalam Multiplayer, ia dilaporkan bakal memiliki 5 jenis class, yakni satu class lebih dari Battlefield 4.

CJhueLr

Seperti juga leaked info yang telah kami laporkan sebelum ini, pengumuman rasmi game ini bakal dilakukan mereka di EA Play pada 12 Jun nanti, serta Beta akan dikeluarkan beberapa ketika selepas ia diumumkan.

Berikut adalah beberapa screenshots dalam versi Alpha yang telah tertiris (sumber):

3BEkeeP

sLZTTRX

smw8BKe

Apa yang membuatkan punggung kami tidak senang duduk, dikatakan ketiga-tiga gambar di atas adalah dari lokasi seperti Alaska, California dan Kansas. Jadi, terdapat cakap-cakap dari peminat kipas-susah-mati Battlefield yang membuat spekulasi bahawa siri Battlefield yang seterusnya ini bakal mempunyai kaitan dengan siri Bad Company. Hal ini kerana, babak terakhir dalam Battlefield: Bad Company 2 berakhir di Alaska.

Kesinambungan siri Bad Company merupakan antara permintaan peminat yang paling tinggi. Pengakhiran Bad Company 2 yang tergantung pada tahun 2010 membuatkan para pemain sentiasa tertunggu-tunggu apakah kisah seterusnya.

Adakah kita bakal melihat Battlefield: Bad Company 3 pada 12 Jun nanti? Sama-sama kita nantikan!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Beli Special Edition Uncharted 4: A Thief’s End!

Attack On Titan: Bersedia Berentap Dengan Titan Versi Bahasa Inggeris Ogos Ini!