Daripada begitu banyak spekulasi mengenai apakah tema yang akan digunakan, mungkin ini adalah yang paling tidak dijangka.
Kita semua tahu bahawa, EA DICE telah secara rasminya sedang membangunkan siri Battlefield yang seterusnya. Namun, apakah tema yang akan digunakan untuknya masih lagi menjadi buah mulut para peminat setia siri ini.
Sebuah laman web kedai berpangkalan di Jerman, World of Games telah meletakkan Battlefield sebagai “multiplayer tactical shooter” yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama.
Anda boleh lihat perletakkan informasi tersebut, yang telah berjaya kami screenshot di bawah:
Harus diingat, ia mungkin juga hanyalah “placeholder” yang biasa diletakkan oleh kedai-kedai sebelum mereka mendapat sebarang maklumat lanjut mengenai game tersebut.
Jadi, apa pandangan anda? Adakah sekiranya EA DICE membawakan Perang Dunia Pertama pada akhir tahun ini bakal memenuhi citarasa anda? Kongsikan dengan kami.
JomBaca: Battlefield 4: Mini Clan Match Team MAS, Jom Tonton Aksi Penuh Perlawanan!
Comments
Loading…