in , , ,

Battlefield 4: DICE Umumkan Tiada Lagi Content Baru Akan Datang!

DICE LA telah umumkan bahawa tiada lagi content baru untuk game yang kini sudah berusia 2 tahun lebih, Battlefield 4.

battlefield-legacy-operation

Dalam satu tweet yang dikeluarkan oleh Penerbit DICE LA, David Sirland telah sahkan bahawa tiada lagi content baru akan keluar di CTE (Community Test Environment) Battlefield 4.

https://twitter.com/tiggr_/status/708420550868275200?ref_src=twsrc%5Etfw

Kebiasaannya, apabila ingin mengeluarkan sesuatu content baru, mereka akan keluarkannya dulu di CTE bagi membenarkan beberapa pemain yang memiliki akses mencuba dan memberi maklum balas. Jadi, dengan pengesahan ini, kami merasakan tiada lagi content akan tiba untuk game Battlefield 4 sama sekali.

Selepas game ini dilancarkan dengan terlalu banyak masalah pada Oktober 2013, DICE LA telah menyokong dan fokus dengan memberikan beberapa DLC percuma dan content lain.

Berita ini tidaklah mengejutkan ramai pihak selepas mereka telah pun mengesahkan bahawa siri Battlefield yang seterusnya sedang dalam pembangunan.

battlefield-4

JomBaca: 514 Kills Dalam Satu Round, Pemain Ini Pecahkan Rekod Battlefield 4!

Walaupun Battlefield boleh dikatakan sebuah game yang agak “lama”, ia tetap mempunyai jumlah pemain yang masih ramai di semua platform, lebih ramai berbanding game yang lebih “baru” daripadanya, Battlefield Hardline.

Nama untuk siri Battlefield yang seterusnya masih lagi menjadi tanda tanya, namun terdapat beberapa info yang tertiris mengatakan ia akan berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama.

battlefield

JomBaca: 5 Kereta Kebal Terbaik Dalam Game Sepanjang Zaman!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox & Playstation Boleh Berentap Bersama Pada Masa Akan Datang?

Star Ocean 5: Lagi Info Terbaru Termasuk Ayah Fidel & Battle System Yang Awesome!