Sebut saja Phanton Bow, mesti korang akan teringat betapa peritnya nak dapatkan weapon ini. Kutip Dogtag sana, kutip dogtag sini, perlukan 4 orang rakan-lah. Ah! Macam-macam!
Namun, semua keperitan itu korang boleh buang jauh-jauh. Dengan keluarnya map percuma baru, Operation Breakout semalam, para pemain Battlefield 4 telah berjaya menjumpai cara paling mudah untuk mendapatkan Phantom Bow. Korang hanya memerlukan 30 saat! Ya, korang baca dengan betul, 30 saat!
Caranya senang saja. Mari kami tunjukkan:
- Masuk ke dalam map Operation Breakout (Conquest Large). Lagi mudah kalau korang dapat masuk ke server yang kosong, pemain lain pun tak kacau.
- Pergi ke flag C. Di tengah kawasan itu, terdapat lorong kecil untuk korang masuk ke dalam kawasan yang lebih terpencil. Ikut laluan tersebut.
- Kemudian korang akan jumpa kotak-kotak di tepi-tepi batu (seperti dalam gambar di bawah). Gunakan pisau untuk slash kotak itu.
Korang akan kena flashbang selepas slash kotak itu. Sebaik sahaja flashbang hilang, korang akan nampak Phantom Bow itu tersedia untuk dikutip.- Kutip Phantom Bow itu dan korang akan unlock-nya buat selamanya! Korang boleh gunakan Phantom Bow itu di mana-mana map, apa game mode sekalipun.
Ah, kalau korang tak faham juga, nah tengok video dari saudara jauh kami, LevelCap menerangkan bagaimana nak unlock Phantom Bow ini.
+++
So, amacam? Kalau dulu kawan-kawan korang yang dah unlock, berlagak sebab dah ada Phantom Bow, inilah masanya untuk korang balas dendam. Kata dekat diorang, “Ah! Aku pun dah ada lah!”