in

Battlefield 4: Cara Dapatkan Phantom Bow Paling Mudah, Hanya Perlu 30 Saat!

Sebut saja Phanton Bow, mesti korang akan teringat betapa peritnya nak dapatkan weapon ini. Kutip Dogtag sana, kutip dogtag sini, perlukan 4 orang rakan-lah. Ah! Macam-macam!

maxresdefault

Namun, semua keperitan itu korang boleh buang jauh-jauh. Dengan keluarnya map percuma baru, Operation Breakout semalam, para pemain Battlefield 4 telah berjaya menjumpai cara paling mudah untuk mendapatkan Phantom Bow. Korang hanya memerlukan 30 saat! Ya, korang baca dengan betul, 30 saat!

Caranya senang saja. Mari kami tunjukkan:

  1. Masuk ke dalam map Operation Breakout (Conquest Large). Lagi mudah kalau korang dapat masuk ke server yang kosong, pemain lain pun tak kacau.
  2. Pergi ke flag C. Di tengah kawasan itu, terdapat lorong kecil untuk korang masuk ke dalam kawasan yang lebih terpencil. Ikut laluan tersebut.
  3. Kemudian korang akan jumpa kotak-kotak di tepi-tepi batu (seperti dalam gambar di bawah). Gunakan pisau untuk slash kotak itu.
  1. bf4-phantom-bowKorang akan kena flashbang selepas slash kotak itu. Sebaik sahaja flashbang hilang, korang akan nampak Phantom Bow itu tersedia untuk dikutip.
  2. Kutip Phantom Bow itu dan korang akan unlock-nya buat selamanya! Korang boleh gunakan Phantom Bow itu di mana-mana map, apa game mode sekalipun.

Ah, kalau korang tak faham juga, nah tengok video dari saudara jauh kami, LevelCap menerangkan bagaimana nak unlock Phantom Bow ini.

+++

So, amacam? Kalau dulu kawan-kawan korang yang dah unlock, berlagak sebab dah ada Phantom Bow, inilah masanya untuk korang balas dendam. Kata dekat diorang, “Ah! Aku pun dah ada lah!”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Paris Games Week: Semua Video Teaser Trailer Dari Playstation!

Super Mario Maker: 5 Update Dari Patch Terbaru!