in , , , ,

Battlefield 4, 1, 5 Kini Disajikan Dengan Promo Battlefield Yang Akan Didedahkan Esok

Sejak malam tadi, komuniti Battlefield dikejutkan dengan satu lagi promosi Battlefield seterusnya yang akan didedahkan pada esok.

Sekiranya buka Battlefield 4, Battlefield 1 dan Battlefield V ketika ini, pemain akan disajikan dengan satu pembukaan teaser pendek yang mempromosikan kehangatan pendedahan Battlefield baharu.

Teaser tersebut turut dimuat-naik di akaun media sosial rasmi Battlefield, dengan kapsyen “System Rebooting, Loading 10%”. Malam Xbox juga mempromosikan teaser yang sama.

Esok, jam 10 malam, kita akhirnya akan mengetahui apakah judul rasmi Battlefield seterusnya, sama ada hanya Battlefield, Battlefield 6 atau Battlefield 2042.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Game Single-Player Story Akan Terus Jadi DNA Kami, Kata Ketua PlayStation Studios

Bukan ‘Quarantine’ Atau ‘Parasite’, Judul Rasmi Kini Adalah Rainbow Six Extraction, Gameplay Pertama Minggu Ini