in , , , ,

Battlefield 2042 Tiada Story Campaign, Tapi EA Umumkan Filem Pendek, Berjudul Exodus

Seperti yang ramai sudah pun tahu, Battlefield 2042 tidak akan menampilkan sebarang story campaign. Walau bagaimanapun, EA dan DICE nampaknya sedang mencuba sesuatu kelainan.

Sebuah filem pendek yang berada dalam universe Battlefield 2042 telah diumumkan. Berjudul Exodus, ia akan ditayangkan pada 12 Ogos ini, 11 malam (waktu Malaysia).

Buat masa ini, tidak dinyatakan berapa lamakah durasi filem pendek ini. Korang boleh saksikan teaser trailer yang dikeluarkan di bawah:

“Saksikan peristiwa-peristiwa yang akan mencetuskan perang besar-besaran dalam filem pendek kendiri ini berlatarbelakangkan dunia 2042,” kata deskripsi video di Youtube.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Football Manager Mulakan Projek Jangka Panjang Untuk Memperkenalkan Bola Sepak Wanita

Konami Sahkan eFootball Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini Hanyalah Sebuah Demo, Ada Elemen Macam Battle Pass