in , , , ,

Battlefield 2042: Saksikan Gameplay Helikopter, Kereta Kebal Dari Sesi Percubaan Teknikal

Kebanyakan gameplay Battlefield 2042 dari sesi percubaan teknikal yang berlangsung sepanjang minggu ini sudah dipadamkan oleh EA.

Walaupun menerima amaran bahawa mereka berpotensi untuk diharamkan dari game penuh Battlefield 2042 apabila ia dilancarkan, ia nampaknya tidak menghalang sesetengah pemain untuk memuatnaik gameplay-gameplay baharu.

Terkini, beberapa pemain telah berkongsikan gameplay ketika sedang bermain menggunakan helikopter dan kereta kebal. Jom layan, sebelum EA mengambil tindakan untuk memadamkannya:

Selain beberapa gameplay dari sesi percubaan ini yang telah tertiris, ada juga pihak yang telah menggali data dari fail sesi percubaan itu. Butiran baharu yang mereka temui adalah mengenai mode Hazard Zone yang dikatakan memiliki banyak persamaan dengan Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Anime The Witcher Keluarkan Trailer Bahasa Jepun, Menampilkan Kugiran ROTTENGRAFFTY

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

The Last of Us 2 Multiplayer Dilaporkan Mempunyai Aset Yang Menjurus Ke Arah Battle Royale