in , , ,

Battlefield 2042: Mode Hazard Zone Mungkin Banyak Persamaan Dengan Escape from Tarkov

Sehari dua yang lepas, sebahagian kecil komuniti Battlefield yang bertuah telah berjaya mendapat akses kepada sesi percubaan teknikal Battlefield 2042. Walaupun mereka sepatutnya tidak berkongsikan sebarang gameplay, ada juga telah meniriskannya.

Susulan daripada beberapa video gameplay yang tertiris, ada pihak yang sudah mula menggali data yang terdapat dalam fail sesi percubaan itu.

Apa yang telah mereka temui adalah beberapa butiran untuk mode ketiga dan terakhir yang masih belum dijelaskan oleh DICE, iaitu Hazard Zone.

Menurut @temporyal, yang terkenal sebagai penggali data Battlefield, penggalian data tersebut telah mendapati mode Hazard Zone ini mempunyai banyak persamaan dengan gameplay yang disajikan dalam Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown.

Bagi yang tidak tahu, Escape from Tarkov merupakan satu game FPS yang mengutamakan unsur realistik. Para pemain harus bertarung untuk tiba ke satu titik pertemuan, menghapuskan segala ancaman daripada sama ada sebilangan pemain sebenar lain atau serangan daripada bot. Sekiranya pemain tewas, dia akan kehilangan segalanya yang dibawa.

Hunt: Showdown juga menyajikan gameplay yang seakan sama, namun membawakan lebih banyak objektif untuk diselesaikan dalam perjalanan itu.

Hazard Zone dalam Battlefield 2042 dikhabarkan akan membawakan gameplay sama, seperti pemain dan rakan-rakan perlu mengumpulkan maklumat dari cakera data dan beberapa satelit yang terhempas dalam perjalanan. Antara lokasi penting yang ada kelak adalah rumah yang menyimpan peluru, lokasi memanggil pasukan bantuan seperti anjing robot Ranger atau kenderaan seperti ATV.

Selain itu, akan ada juga bos-bos bot yang dikatakan menawarkan ganjaran lumayan kepada pemain.

Berikut pula adalah beberapa naiktaraf taktikal yang ada dalam Hazard Zone:

Penggalian data ini turut menyatakan yang mereka tidak menemui lagi map yang eksklusif untuk memainkan Hazard Zone, sebaliknya akan menggunakan map-map sedia ada yang pernah diumumkan sebelum ini.

Hazard Zone merupakan satu daripada tiga mode utama yang ditampilkan dalam Battlefield, selain All-Out Warfare (termasuk Conquest, dll) dan Portal. DICE mengatakan yang mereka akan mendedahkan lebih lanjut mengenai mode ini menjelang pelancaran kelak.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trilogi GTA Remastered Dilaporkan Akan Dilancarkan Oktober Ini Untuk PC, PlayStation, Xbox, Switch, Mobile

Microsoft, Tencent Bekerjasama Untuk Bangunkan Age of Empires Mobile