in , , , ,

Battlefield 2042 Memperlihatkan Video Gameplay Kali Pertama Di 3 Map Baharu

Daripada 7 map serba baharu yang bakal diperkenalkan dalam Battlefield 2042, sebelum ini kita hanya disajikan dengan gameplay dari beberapa map sahaja.

Kali ini, DICE telah memperlihatkan gameplay kali pertama untuk tiga map yang belum pernah mereka kongsikan sebelum ini, iaitu Renewal, Breakaway dan Discarded.

Walaupun video ini hanya berdurasi 1:25 minit, dapatlah kita menyaksikan sedikit gambaran bagaimana map-map ini akan dimainkan, yang tentunya menampilkan aksi kenderaan ketenteraan berskala besar.

Selain itu, kita juga dapat saksikan beberapa perubahan yang dilakukan selepas mengadakan sesi beta terbuka tempoh hari, antaranya markah yang keluar di tengah skrin, gameplay Specialist baharu, dan lain-lain.

Jom saksikan:

Battlefield 2042 akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 November 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus November 2021 – Knockout City, First Class Trouble, Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning, The Sexy Brutale

Kerajaan Kini Kategorikan Sukan Dron Dalam Industri Esports, Bajet 2022 Bersama RM20 Juta