in , , ,

Battlefield 2042 Kini Antara Game Paling Banyak Terima Reviu Negatif Di Steam

Game terbaharu daripada antara francais game shooter paling ikonik dalam sejarah gaming, kini telah tercampak ke lembah kehinaan.

Battlefield 2042 kini mendapat reviu yang sangat negatif oleh para pemain di Steam selepas hanya tiga hari dilancarkan sepenuhnya pada 19 November lalu.

Ketika artikel ini ditulis, game terbaharu daripada DICE itu telah mengumpulkan 35,290 reviu — 8,569 (24.3%) telah memberikan reviu positif, manakala 26,721 (75.7%) pula memberikan reviu negatif.

Dapatan ini sekaligus menjadikan, buat masa ini, Battlefield 2042 merupakan game ke-8 yang paling tinggi menerima peratusan reviu negatif dalam sejarah di platform Steam, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Steam250.com.

Mengapa Battlefield 2042 menerima reviu yang begitu teruk sebegini? Kami dah ulaskannya dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!? kami.

Dalam reviu itu, kami merumuskan, “BF42 merupakan sebuah game yang terlalu dilumuri lumpur kotor yang menyembunyikan permata yang tersembunyi di sebaliknya”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Dan Riot Games Umumkan Musim 2 Arcane Kini Dalam Pembikinan

Kojima Productions Buka Divisyen Fokus Kepada Filem, Televisyen, Muzik