in , , , ,

Battlefield 2042 Hazard Zone Akan Didedahkan Khamis Ini, Saksikan Teaser Trailer Dulu

Battlefield 2042 bakal menyajikan tiga mode utama, iaitu All-Out Warfare, Portal dan Hazard Zone.

Dua daripadanya, iaitu All-Out Warfare dan Portal sudahpun DICE perkenalkan, malah All-Out Warfare sudahpun kita cuba dalam Open Beta tempoh hari.

Hanya Hazard Zone belum dikongsikan butirannya lagi, yang mana ia bakal didedahkan tidak lama lagi.

EA dan DICE telah mengumumkan yang trailer pengenalan Hazard Zone akan dikeluarkan pada 14 Oktober ini, 11 malam (waktu Malaysia).

Beberapa laporan awal sebelum ini mengatakan Hazard Zone merupakan mode battle royale yang akan dibawakan ke dalam Battlefield 2042. Ada juga laporan mengatakan mode ini memiliki banyak persamaan dengan Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown.

Battlefield 2042 akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 November 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Walau Tak Guna Nama ‘FIFA’, Game Bola Sepak EA Akan Tetap Guna Nama Pemain Sebenar

KBS Anjurkan Kejohanan PUBG Mobile Dan Mobile Legends Sempena PKP, Main Di Rumah Masing-Masing

Mufti Wilayah: Hukum Menikam Item Dalam Game Menggunakan Wang Sebenar Adalah Haram