in , , ,

Battlefield 2042: Edisi Standard PS5 Akan Turut Berikan Versi PS4

Pada asalnya, untuk mendapatkan kedua-dua versi konsol generasi lama (PS4, Xbox One) dan konsol generasi terkini (PS5, Xbox Series) dalam Battlefield 2042, pemain perlu membeli Gold Edition atau Ultimate Edition.

Untuk Standard Edition, pada asalnya, pemain perlu memilih sama ada ingin mendapat versi PS4/Xbox One atau PS5/Xbox Series.

Walau bagaimanapun, ada berita gembira untuk para peminat siri game ini. Pemain yang membeli Standard Edition versi PS5/Xbox Series akan turut mendapat versi PS4/Xbox One tanpa sebarang caj tambahan.

Ini sememangnya amat sesuai untuk korang yang masih bermain di konsol generasi lama buat masa ini, namun berhasrat untuk berpindah ke konsol generasi baharu apabila berpeluang mendapatkan stok kelak.

Open Beta untuk Battlefield 2042 sudahpun dibuka sekarang. Dapatkan butirannya di sini.

Battlefield 2042 akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 November 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tak Serik, Ubisoft Umum Satu Lagi Game Shooter Battle Royale Percuma – Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline

Valve Keluarkan Video Bedah Komponen Dalaman Steam Deck – Tak Galakkan Pemain Lakukannya