in , , ,

Battlefield 2042 Disahkan Akan Bawa Semula Map Dari Battlefield Lama – Mungkin 6 Map Ini

Menjelang acara EA Play Live 2021 yang akan berlangsung pada 22 Julai ini, EA telah mengadakan beberapa acara kecil-kecilan terlebih dulu. Antaranya adalah satu bual bicara yang membincangkan masa hadapan game-game first-person shooter keluaran EA.

Dalam acara itu, Pengurus Besar DICE, Oskar Gabrielson turut dijemput, yang mana beliau ada berkongsikan beberapa butiran baharu tentang Battlefield 2042.

Membenarkan beberapa laporan yang berlegar, Gabrielson telah mengesahkan bahawa Battlefield 2042 akan membawa semula beberapa map dari siri game Battlefield sebelum ini.

Map-map klasik ini dijangka akan ditampilkan dalam satu mode khas yang namanya masih belum diumumkan. Ia akan diperlihatkan kali pertama dalam EA Play Live 2021 yang akan diadakan pada 22 Julai kelak.

Susulan pengesahan ini dari DICE, orang dalam industri tersohor yang sering memberikan info Battlefield lebih awal, Tom Henderson telah berkongsikan apakah enam map yang beliau sudah dengar akan dibawa semula.

Enam map tersebut adalah Operation Metro, Operation Locker, Wake Island, Siege of Shanghai, Arica Harbor dan Caspian Border. Henderson menggelarkan mode ini sebagai Battlehub, namun tidak pasti sama ada nama itu sudah dimuktamadkan ataupun bakal gunakan nama lain.

Sekiranya perkhabaran dari Henderson ini benar, maka kita akan disajikan dengan map-map remastered yang sekurang-kurangnya datang dari empat game Battlefield berbeza — Battlefield 1942, Bad Company 2, Battlefield 3, dan Battlefield 4.

Gabrielson turut memberi komen sedikit mengenai satu lagi mode yang ada dalam Battlefield 2042, iaitu Hazard Zone. Mode ini sebelum ini dikatakan sebagai mode berbahaya yang menemukan beberapa skuad kecil untuk bertempur antara satu sama lain. Sekali baca, ia kedengaran seperti genre battle royale, namun Gabrielson menegaskan yang ia bukanlah battle royale.

Hazard Zone akan diperlihatkan lebih lanjut kelak ketika game itu semakin hampir kepada pelancaran.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Musim Pertama The Last of Us Terbitan HBO Akan Sajikan 10 Episod, Dedah Craig Mazin

FIFA 22: Tiada Naik Taraf Percuma Dari Versi PS4/ Xbox One Ke PS5/Xbox Series, Tiada Cross-Play