EA dilaporkan amat kecewa dengan prestasi jualan Battlefield 2042, dan sedang mempertimbangkan segala pilihan untuk menyelamatkan game tersebut.
Antara idea yang sedang dipertimbangkan itu adalah menukarkan game shooter itu kepada sebuah game bermodelkan percuma (free-to-play).
Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Tom Henderson di Twitter. Beliau turut menyatakan yang butiran lanjut mengenai laporan ini akan dikongsikannya esok.
Bukan sahaja EA, tentunya para peminat tegar Battlefield juga amat kecewa dengan apa yang dipersembahkan DICE dalam game terbaharu mereka itu. Korang boleh baca reviu kami untuk Battlefield 2042 untuk mengetahui mengapa game ini menerima sambutan yang begitu teruk.
Bahkan, baru sebulan dilancarkan, bilangan pemain Battlefield 2042 lebih rendah daripada Battlefield V.
Comments
Loading…