in , , ,

Battlefield 2042: DICE Mempertimbang Bawa Masuk Beberapa Ciri Penting Yang Hilang

Selepas menerima kritikan yang begitu keras, sehinggakan kini menjadi antara game paling banyak menerima reviu negatif di Steam, DICE sedang mempertimbang untuk memperkenalkan semula beberapa ciri tradsional dalam Battlefield 2042 yang sebelum ini sentiasa ada dalam siri Battlefield.

Perkara ini didedahkan dalam satu blog post yang amat panjang. Dalam blog post itu, DICE telah memperincikan segala perancangan mereka untuk memperbaiki dan menambahbaik berdasarkan segala maklum balas yang diterima.

DICE merancang untuk mengeluarkan dua atau tiga kemaskini sebelum 2021 menutup tirai. Kemaskini pertama dijadualkan akan dilancarkan pada hari ini, yang mana akan memperbaiki beberapa isu yang dihadapi para pemain, antaranya mekanisme tembakan senjata dan masalah ketika revive.

Kemudian, sekitar awal Disember, kemaskini kedua pula akan dilancarkan. Antara fokus utama dalam kemaskini tersebut kelak adalah lebih kepada keseimbangan gameplay dalam pelbagai aspek.

Walau bagaimanapun, ada beberapa ciri asas klasik yang hilang, tidak akan dibawakan semula dalam masa terdekat kerana mereka masih lagi mempertimbangkan perkara itu dengan berhati-hati. Ciri yang disebut itu adalah scoreboard di akhir pusingan, server browser dan in-game voice chat. Menurut DICE, ia agak sukar untuk dibawakan semua sekali secara serentak.

Ingin tahu apakah sebenarnya masalah yang dialami oleh Battlefield 2042? Boleh baca reviu Boleh Beli or Boleh Blah!? kami.

Dalam reviu itu, kami mengatakan: Battlefield 2042 merupakan sebuah game yang terlalu dilumuri lumpur kotor yang menyembunyikan permata yang tersembunyi di sebaliknya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League Sideswipe Kini Boleh Dimainkan Oleh Pemain iOS, Android Di Malaysia

Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Hideo Kojima Mengacah Projek Baharu, Mungkin Norman Reedus Masih Terlibat