in , , , ,

Battlefield 2042 Adakan Sesi Beta Terbuka Minggu Depan, Pra-Tempah Untuk Akses Lebih Awal

Setelah banyak laporan dan ura-ura berlegar, DICE akhirnya mengumumkan tarikh sesi percubaan beta terbuka untuk Battlefield 2042.

Kepada pemain yang sudah melakukan pra-tempah untuk game shooter itu atau memiliki langganan EA Access, mereka berpeluang untuk mendapat askes awal (Early Access) kepada sesi beta terbuka ini.

Berikut ialah tarikh-tarikh berkaitan beta terbuka untuk Battlefield 2042 (waktu Malaysia):

  • Pre-load: 5 Oktober, 3 petang
  • Early Access: 6 Oktober, 3 petang
  • Akses terbuka: 8 Oktober, 3 petang
  • Beta tamat: 10 Oktober, 3 petang

Sesi beta ini akan membawakan mode Conquest, map Orbital, 4 Specialist, dengan 128 pemain (PC, PS5, Xbox Series).

Saksikan trailernya di bawah:

Battlefield 2042 akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 November 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Mungkin Game PS5 Dengan Grafik Paling Realistik – Sampai Rasa Macam Nak Muntah

Game Percuma PlayStation Plus Oktober 2021 – Hell Let Loose, Castlevania Requiem, Mortal Kombat X, PGA Tour 2K21