in , , ,

Battlefield 2021 Disahkan Akan Turut Dilancarkan Ke PS4, Xbox One

Di sebalik khabar angin sebelum ini yang mengatakan Battlefield yang bakal dilancarkan pada 2021 tidak akan dilancarkan untuk konsol generasi lama, EA telah mengesahkan sebaliknya.

Ketika bercakap kepada pelabur dalam laporan kewangan terbaharu, CEO EA, Andrew Wilson telah mendedahkan yang Battlefield seterusnya itu akan dilancarkan untuk kedua-dua generasi konsol lama dan terkini, lapor Gamespot.

Dalam kata lain, ia akan dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series, serta PS4 dan Xbox One, selain tentunya platform PC.

“Ia akan hebat di mana-mana konsol,” ujar Wilson. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan yang versi konsol generasi terkini akan membawakan sesuatu yang “istimewa”.

Di samping itu, Wilson turut mengesahkan tweet penuh misteri akaun Twitter rasmi Battlefield semalam — iaitu acara pendedahan penuh Battlefield 2021 bakal diadakan pada bulan Jun kelak.

Beliau juga mendedahkan yang game shooter itu akan dilancarkan pada suku ketiga tahun fiskal ini, iaitu sekitar Oktober-Disember 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Twitter Rasmi Battlefield Mengacah Acara Pendedahan Pada Bulan Jun

Ubisoft Kini Fokus Untuk Lebih Banyak Game Percuma ‘High-End’ Dari Pelbagai Francais