in , ,

Battlefield 1943 Kini Boleh Dimainkan Di Xbox One Melalui Backward-Compatible

Microsoft telah mengumumkan bahawa game shooter bertemakan Perang Dunia Kedua dari DICE iaitu Battlefield 1943 akan menyertai senarai video game backward compatible Xbox One.

Pada tahun 2009, Battlefield 1943 hanya dilancarkan untuk konsol Xbox 360 dan PlayStation 3 sahaja. Ia merupakan video game kedua yang bertemakan Perang Dunia Kedua yang hadir selepas tujuh tahun dari video game asalnya iaitu Battlefield 1942 dan telah menawarkan reka bentuk yang lebih baik, lebih memfokuskan kepada aksi multiplayer klasik yang dibawakan oleh siri tersebut.

Belatarbelakangkan Perang Dunia Kedua yang mana kali ini memfokuskan kepada operasi-operasi Pacific Theatre, pemain boleh bermain sebagai tentera United States Marine Corps atau tentera Imperial Japanese Navy.

Pertempuran dalam Battlefield 1943 memuatkan seramai 24 orang pemain. Pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Rifleman, Infantryman atau Scout dan mempunyai empat map seperti Wake Island, Guadalcanal, Iwo Jima dan Coral Sea. Empat jenis kenderaan disediakan seperti fighter, tank, car dan landing craft.

Jika korang sudah ada disc video game Battlefield 1943, korang boleh terus mainkannya melalui akaun Xbox Live. Korang juga boleh muat turun dan bermainnya di Xbox One sekarang.

Sumber: Eurogamer

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Buktikan Kuasa Saiyan-Mu Dalam Pertandingan Dragon Ball FighterZ Dan Pelbagai Aktiviti Menarik Di AMG-chan 2018!

Studio Gaming Seluruh Malaysia Bergabung Menaja Hadiah Kemenangan Pusingan Kelayakan PES Untuk Sukan Asia