Selepas terlalu banyak khabar angin dan spekulasi yang timbul, akhirnya segala tanda tanya telah berakhir!
Pada livestream yang baru sahaja berakhir sebentar tadi, Electronic Arts dan DICE akhirnya telah mengumumkan Battlefield 1. Ia akan berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama (WW1)!
Mulut kami sememangnya ternganga apabila menonton trailer yang telah dikeluarkan! Jom layan:
Dari trailer ini, apa yang dapat kita ketahui adalah:
- Antara kenderaan yang ditunjukkan adalah biplanes, kereta kebal dan zeppelin airship!
- Pertempuran melee lebih difokuskan. Antara senjata yang dapat kita lihat adalah pedang, shovel dan mace!
- Terdapat flamethrower!
Apa yang dapat dilihat, trailer ini memperlihatkan aksi-aksi pemain bersama kuda. Namun, DICE mengatakan mereka masih belum boleh memberitahu sama ada kuda boleh ditunggang pemain ataupun tidak.
Mereka juga telah mengesahkan bahawa Battlefield 1 bakal mempunyai server 64-pemain!
Di akhir acara tersebut, beberapa soalan telah ditanya oleh penonton di dewan dan soalan dari livestream. Berikut adalah soal jawabnya:
Q1: Destructions – boleh ke kita musnahkan semua benda?
A1: YA! Malah, DICE terpaksa menurunkan level of destruction semasa balancing Battlefield 1! Too much destructions, kata mereka
Q2: Kereta kebal macam mana?
A2: Ada pelbagai jenis kereta kebal, dan masing-masing memerlukan kemahiran yang berbeza!
Q3: Flamethrower?
A3: Flamethrower adalah class specific weapon!
Q4: Weapon customization?
A4: Weapon masih boleh di-customize – betapa detail? Akan diumumkan kemudian.
Q5: Boleh ke berlawan dengan Kuda (Mounts)?
A5: Ya. Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.
Q6: Pertempuran melee?
A6: DICE mengecilkan jarak pertempuran Close Quarters – pelbagai senjata melee seperti shovel, mace dan bayonet diperkenalkan.
DICE telah membuka bagi pemain mendaftar sebagai Community Insider untuk peluang memainkan Beta-nya nanti. Anda boleh daftar di sini.
Battlefield 1 akan dilancarkan untuk semua pemain di PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 21 Oktober 2016. Pemain yang membuat pre-order akan diberi akses lebih awal, iaitu pada 18 Oktober 2016.
Comments
Loading…