in , , , , ,

Battlefield 1: Saksikan Gameplay DLC They Shall Not Pass Buat Kali Petama – Map Dan Behemoth Baru!

Saksikan gameplay untuk DLC terbaru ini yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

DICE telah mengemaskini server CTE (Community Test Environment) mereka dalam Battlefield 1. Mereka telah memasukkan map yang akan dilancarkan untuk DLC They Shall Not Pass kelak, iaitu Soissons.

Bagi mereka yang tidak mengetahui, server CTE adalah server percubaan yang dibuka oleh DICE untuk mencuba sebarang features atau penambahan baru sebelum mereka memasukkannya ke dalam game penuh. Ia hanya dibuka kepada para pemain yang melanggan Premium Pass, dan buat masa ini hanya terdapat di platform PC.

Dalam video yang dimuatnaik Westie, beliau telah menunjukkan map terbaru Soissons ini, Behemoth baru iaitu Char 2C tank, serta St. Chamond assault tank. Selain itu, kemunculan askar-askar Perancis juga dapat dilihat buat kali pertamanya dalam Battlefield 1.

Jom layan:

DLC They Shall Not Pass akan dilancarkan dalam Battlefield 1 pada bulan Mac nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Overwatch Memperkenalkan Karakter Terbaru - Dan Ianya Bukan Doomfist!

Overwatch Memperkenalkan Karakter Terbaru – Dan Ianya Bukan Doomfist!

Gaming Bukan Perlumbaan Antara Dua Konsol, Kata Ketua Xbox