in , , ,

Battlefield 1: Pelbagai Update Akan Datang, Tambahan 5 Flag Di Suez

Battlefield 1 telahpun dilancarkan sepenuhnya. Kini tiba masanya untuk DICE mengeluarkan kemaskini-kemaskini yang sepatutnya.

battlefield-1

Dalam blog post terbaru, DICE telah menyenaraikan beberapa perancangan mereka dalam menambahbaik dan menyokong Battlefield 1 selepas pelancaran. Berikut adalah beberapa kemaskini yang akan dilancarkan tidak lama lagi:

  • Server khas untuk mode Hardcore akan ditambah.
  • Perubahan di map Suez. 5 capture points untuk gamemode Conquest akan ditambah, yang mana kini hanya terdapat 3 capture points.
  • Battlefest yang akan bermula pada 16 November – memperkenalkan livestream, community missions, Battlepack unik, dan banyak lagi.
  • Memperkenalkan Custom Games: Fog of War.
  • Membuka pilihan untuk menyewa Server.
  • Melancarkan beberapa tweaks dan balancing bagi menambahbaik gameplay pada bulan November ini.
  • Melancarkan map percuma terbaru, Giant’s Shadow pada bulan Disember nanti.

Anda boleh baca pengumuman DICE ini dengan lebih lanjut di sini.

battlefield-1-4k

Sebelum ini, Premium Pass telahpun diumumkan DICE, yang bakal membawakan DLC untuk Empayar Rusia dan Perancis.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Capcom Merancang Meluaskan Pengaruh Siri Monster Hunter!

Steam Akan Haramkan Screenshots Yang Mengelirukan Di Store Page