Pertempuran 64 pemain di Perang Dunia Pertama, sudahkah anda bersedia?

battlefield

Selepas Battlefield 1 telah diumumkan pada beberapa minggu yang lalu, umum masih belum melihat gameplay sebenar. Melalui trailer-nya yang sungguh mengagumkan, peminat setia sering tertanya-tanya, bagaimana rupa gameplay-nya nanti?

Buat pertama kalinya, DICE akan memperlihatkan gameplay Battlefield 1 di acara EA Play pada 13 Jun 2016, 5 pagi (waktu Malaysia). Livestream ini akan dimainkan oleh 64 pemain!

DICE telah mengumumkan livestream ini di laman web rasmi Battlefield 1, di mana ia akan dikenali sebagai Battlefield Squad. Dua skuad akan dibentuk yang bakal diketuai oleh dua YouTuber sensasi, iaitu Neebs (ahli Battlefield Friends) dan StoneMountain64. Kedua-dua skuad ini pula akan dipenuhi dengan beberapa YouTuber dan streamers tersohor lain seperti DooM49AnderzelJackFragsLevelCap dan Appsro Animation.

Livestream ini akan diadakan di channel Twitch Battlefield.

Battlefield 1

Battlefield 1 akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 21 Oktober 2016.

JomBaca: Battlefield 1: Idea WW1 Pada Mulanya Ditolak EA!

JomKomen!