Di sebalik Battlefield V merupakan game terkini dalam francais ini, ini tidak bermakna game-game Battlefield sebelum ini sudah tidak mempunyai pemain aktif yang ramai.

Dalam laporan kewangan EA pada minggu lalu, syarikat itu telah bercakap serba sedikit tentang francais yang cukup popular ini. EA mengakui bahawa jualan Battlefield V tidaklah seperti yang mereka mahukan, iaitu hanya 7.3 unit dalam suku keempat tahun 2018.

Antara faktor yang mereka bangkitkan atas kelembapan jualan game terbaru Battlefield ini ialah bagaimana mereka lebih memfokuskan kepada single-player campaign berbanding mode battle royale, serta pelbagai diskaun yang banyak diberikan oleh game-game pesaing lain.

Di samping itu, EA turut mendedahkan yang Battlefield 1 yang dilancarkan pada tahun 2016 masih lagi mempunyai hampir 4 juta pemain aktif bulanan, manakala Battlefield 4 pula yang dikeluarkan pada tahun 2013 masih lagi mempunyai hampir 2 juta pemain aktif bulanan.

Ini semestinya sesuatu yang mengagumkan, ya tak? Memandangkan Battlefield 1 sudah berusia lebih daripada 2 tahun, dan Battlefield 4 pula sudah berumur lebih daripada 5 tahun.

Siapa yang masih main lagi dua game Battlefield terdahulu ini? Cuba komen sikit.

Sumber: MP1ST

JomKomen!