Akhirnya, para pemain diberitahu bilakah hari terakhir mereka boleh memainkan sesi beta untuk game ini.

Battlefield-1-Sinai-Desert

Semasa membuka sesi beta untuk Battlefield 1, DICE masih tidak mengumumkan berapa lamakah ia akan berlangsung. Terbaru, akhirnya, mereka umumkan secara rasmi bahawa sesi beta ini akan berakhir pada 8 September 2016.

Walau bagaimanapun, mereka masih belum dedahkan waktu tepat bilakah server beta ini akan ditutup. Kami telah cuba dapatkan maklum balas daripada mereka mengenai perkara ini.

DICE turut mengeluarkan satu update semalam, di mana mereka membuat sedikit perubahan kepada sistem game mode Conquest. Pada permulaan sesi beta tempoh hari, dalam masa 20 minit, pasukan yang memiliki mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Bermula semalam, ia tidak diubah sedikit, di mana pasukan yang mencapai mata ke-300 terlebih dahulu, dalam masa yang tidak terhad, akan dikira pemenang.

Di samping itu, seperti kebiasaan mana-mana sesi beta, progress yang dicapai pemain dalam sesi ini tidak akan dibawa ke dalam game penuh nanti.

Sekiranya anda tidak tahu, anda bakal memperoleh Battlefield 1 Beta Dog Tag apabila anda memainkan beta ini pada 4 hari yang berbeza, dan mencapai Rank 15.

Sementara itu, anda boleh lihat pencapaian dan prestasi anda untuk sesi beta Battlefield 1 ini di sini.

battlefield

Anda boleh baca pandangan kami mengenai versi beta ini di: Suka Duka Beta: Battlefield 1 – DICE, Tolong Jangan Kecewakan Kami.

Battlefield 1 akan dilancarkan sepenuhnya pada 21 Oktober 2016 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Battlefield 1 Beta: Di Mana Nak Cari 3 Elite Class? Ini Lokasinya!

2 KOMEN

  1. I’d say this is a good game and worth getting it to add to our Battlefield collection. It really brings you back to the olden days of WWI. Beta being “BETA”, there are flaws, but wow! Definitely PO this game now! Thanks Faiz Tobeng and jomgaming team. Keep up the good work in providing reviews and angles of the gaming arena. Kudos!

    • Thanks for the kind words, Kahl. We wont be achieved what we’ve achieved today without the supports from people like you! We will provide more reviews, news and do our best for our readers. Thanks again 🙂

JomKomen!