in

Battleborn: Story Trailer Dunia Battleborn dan Tarikh Beta Diumumkan!

Gearbox nampaknya telah memulakan kempen mempromosikan game bergenrekan MOBA mereka yang akan datang!

Story trailer Battleborn diatas adalah sebagai prolog bagi gamers mengenali dunia Battleborn. Gearbox turut menyatakan bahawa sebanyak 8 episod bakal dikeluarkan. Ini bakal memberi penceritaan yang lebih dalam dan perkembangan untuk setiap watak.

Battleborn-02

Open beta kawasan Asia bagi Battleborn pada April ini dan bakal memberikan pemain akses kepada 2 story episod yang dikenali sebagai Void’s Edge dan The Algorithm. Bagi multiplayer pula, pemain diberi peluang berentap dalam 2 mode iaitu Incursion dan Meltdown.

Semua 25 watak hero bakal boleh diakses dalam beta ini. Ini memberi peluang untuk pemain mencuba watak-watak yang menarik dan unik dalam dunia Battleborn!

Battleborn-03Berikut adalah masa dan tarikh untuk beta bagi kawasan Asia.

Tarikh/Masa Mula

  • PS4: 9hb April pada pukul 1 pagi waktu Malaysia.
  • PC dan Xbox One: 14hb April pada pukul 1 pagi waktu Malaysia.

Tarikh/Masa Tamat

  • PS4, PC dan Xbox One: 18hb April pada pukul 10 malam waktu Malaysia.

Saiz bagi Battleborn adalah 8.5 GB untuk PS4, 12 GB untuk PC dan 11 GB bagi Xbox One.

Battleborn-04

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cakap-Cakap Mengatakan Inilah Rupa Bentuk Controller Nintendo NX!

SD Gundam G Generation Genesis: Versi Subtitle Inggeris Bagi Asia Tenggara!