in , , , ,

Battleborn: Game Menembak Yang Ohsem!

battleborn-001

Battleborn merupakan game dari developer yang telah berjaya dengan francais Borderlands. Yeah, tak lain dan tak bukan, Gearbox Software.

Gearbox Software mengumumkan game Battleborn ini akan keluar pada 5 Mac 2016. Game berkonsepkan first-person shooter ini boleh di dapati pada console PlayStation 4, X-box One dan juga PC.

Battleborn ini boleh di mainkan secara single player untuk story mode dan juga multiplayer di mana ada lebih kurang 25 watak untuk korang mainkan. Wow banyak tu, dan setiap watak mempunyai senjata dan kebolehan yang unik bagi setiap satu watak tersebut.

battleborn-002

Bagi peminat Borderland, game ini tidaklah sama seperti Borderland. Ia lebih kepada konsep MOBA ( Multiplayer Online Battle Arena) di mana korang perlu menaikkan level untuk mendapatkan skill-skill tertentu. Lebih kurang macam Dota la guys.

Jom kita usha sedikit trailer bagi Battleborn ini:

https://www.youtube.com/watch?v=AUz8zzK-Bjs

Amacam guys? Teruja tak, kalau korang berminat dah boleh la start mengumpul, banyak game-game best yang akan keluar bulan Mac nanti. Mungkin Battleborn salah satu darinya?

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Rainbow Six Siege: Biar Betul Kita Boleh Buat 6 Tips Ini?

Hardware: Rivals: Perang Kereta Perisai Ala-ala Twisted Metal!