Menu
in , ,

Battle Royale Versi Kelakar – Cuisine Royale Early Access Sudah Keluar!

Nampaknya era genre battle royale semakin memuncak dengan pengeluaran banyak game baharu! Kini ada pencabar baru masuk ke arena!

Bermula sebagai jenaka April Fools, kini menjadi game nyata dan official

Daripada pembangun game Enlisted —Darkflow Software (dengan kerjasama pengeluar game Gaijin Entertainment) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Cuisine Royale ini secara official selepas menerima sambutan yang amat baik ketika dilancarkan sebagai game April Fools.

Gimik game ini adalah bertemakan peralatan masakan. Daripada menggunakan penuras sebagai helmet, kuali sebagai perisai badan hingga pembakar waffle untuk menahan peluru kaliber tinggi — game tidak kurang istimewa dari segi gameplay.

Game ini juga sedikit berlatarkan Peperangan Dunia Kedua dari segi senjata kerana asal game ini diambil dari Enlisted. Jadi player yang telah main game itu semestinya berasa familiar dengan spin-off battle royale ini.

Developer game ini juga menyatakan bahawa sistem loot box game ini adalah telus. Nampaknya mereka tidak melepaskan peluang untuk menyindir game-game yang menjadi pesalah dalam aspek ini.

Dalam penulisan artikel ini, game ini mendapat review yang majoriti positif dari pemain di Steam.

Percuma untuk 10 hari sahaja sebelum harga dikenakan

Cepat, korang cuma ada sehingga 25 Jun untuk ambik game ini secara percuma! Share kepada kawan-kawan anda jadi bila update squad keluar di kemudian hari, korang dah bersedia untuk bermain bersama tanpa berfikir tentang duit dalam dompet. Download sekarang!

Written by Fahmi ZFX

Halus. Senyap. Kekok -- 3 benda yang membuatkan saya agak dikenali. Pemain tegar CSGO; Tahu kebanyakan info yang terbaharu dalam kejadian game ini. Gamer yang menyeluruh.

------------------------------------------------------------------------------------------
Subtle. Silent. Silly --3 things that makes me recognizable. Avid CSGO player; Knows most of the things that are up to date in the scene. All around gamer.

Leave a Reply

Exit mobile version