in , , ,

Battle Royale Mobile, Final Fantasy VII: The First Soldier Akan Dilancarkan Pada November

Square Enix telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk game battle royale mobile akan datang dari francais Final Fantasy.

Final Fantasy VII: The First Soldier akan dilancarkan pada November ini untuk iOS dan Android. Pra-pendaftaran pula akan mula dibuka pada bulan ini.

Berita ini diumumkan penerbitnya, Tetsuya Nomura ketika Tokyo Game Show, lapor Gematsu.

Antara butiran baharu yang turut didedahkan ialah sokongan controller, kehadiran Training Mode, tutorial yang diubahsuai, dan beberapa penambahbaikan gameplay lain.

Trailer baharu juga dikongsikan, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Final Fantasy VII: The First Soldier pertama kali diumumkan pada Mac lalu, di mana satu lagi game mobile juga diumumkan, iaitu Final Fantasy VII: Ever Crisis.

Final Fantasy VII: The First Soldier berlatarbelakangkan Midgar sebelum kejadian game utama Final Fantasy VII. Gameplay yang bakal disajikan adalah sama seperti yang korang boleh jangkakan daripada dunia Final Fantasy VII — pandangan third-person, pertempuran jarak dekat, tembak-menembak, unsur-unsur fantasi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Mendanai Projek Silent Hill Baru, Dibangunkan Oleh Kojima Productions

FIFA 22: Boleh Beli or Boleh Blah!?