Call of Duty: Modern Warfare telahpun dilancarkan pada bulan lalu, dan peminat semakin tidak sabar untuk memainkan mode battle royale.

Seorang pengguna Reddit, Senescallo, telah menemui pelbagai info baru tentang mode battle royale selepas melakukan datamining ke dalam fail-fail yang ada untuk game ini.

Apa yang paling menarik daripada sekian banyak penemuan ialah jumlah pemain maksimum adalah 200 orang pemain — sesuatu yang tidak pernah ditampilkan ke dalam mana-mana game battle royale lain sebelum ini yang lazimnya membawakan jumlah pemain maksimum seramai 100 orang.

Antara perkara lain yang ditemui untuk mode ini ialah ia akan membawakan 15 map, 6 lokasi POI, ada 3 playlist (solo, duo, squad), ada fungsi respawn, ada misi yang boleh dilakukan bersama squad dan banyak lagi.

Korang boleh baca pautan Reddit di bawah untuk mengetahui kesemua info yang mereka telah dapati daripada datamining itu. Apa-apa pun, info ini masih lagi belum disahkan secara rasmi. Masih ada kemungkinan sama ada laporan ini sahih ataupun tidak. Maka, jangan terlalu berharap selagi Activision belum mengumumkan secara rasmi.

Battle Royale coming to Modern Warfare (Map, Locations, Perks, Plunder, Gulag, and more) from modernwarfare

Call of Duty: Modern Warfare kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!