in , , , , ,

Battle Royale Dalam Battlefield V Pertama Kalinya Diperlihatkan Dalam Trailer Terbaru – Kereta Kebal, Bulatan Api!

Bola-bola api.

Mode battle royale sememangnya berlambak dalam pelbagai game pada tahun ini. Dan antara game AAA yang akan turut membawakan mode ini ke dalam game tradisional mereka ialah Battlefield V.

Seperti dijanjikan, malam tadi EA dan DICE telah mengeluarkan sebuah trailer baru bersempena dengan acara Gamescom 2018. Video berdurasi 2 minit ini boleh dikatakan dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu yang pertama, ia memaparkan map baru di Rotterdam untuk multiplayer.

Seperti biasa, aksi-aksi multiplayer dipaparkan dengan penuh elemen “Battlefield”, memperlihatkan pelbagai senjata, dari kenderaan darat ke kenderaan udara — penuh debaran. Kemudian ia turut menunjukkan sedikit beberapa map lain seperti map bersalji, padang pasir, dan kawasan taman berbunga.

Seterusnya, video ini masuk ke bahagian kedua trailer dengan mengacah aksi untuk mode battle royale dalam game ini nanti, digelar Royale. Jika game-game battle royale lain menggunakan gas beracun atau ribut berbahaya untuk menutup kawasan permainan yang semakin mengecil, Battlefield V nampaknya bakal menggunakan bulatan berapi yang kelihatan sungguh menggerunkan.

Kemudian, video turut memaparkan kereta kebal! Kereta kebal dalam mode battle royale? Bagaimana agaknya nanti DICE akan menyeimbangkan gameplay supaya ia tidak menjadi terlalu overpowered?

Akhir sekali, trailer ditamatkan dengan ada pemain yang melompat dari bangunan tinggi apabila bulatan permainan betul-betul sudah mengecil. Melompat dari tempat tinggi? Boleh buka payung terjun bila-bila masa dalam battle royale seperti dalam mode multiplayer biasa juga? Ah, terlalu banyak persoalan daripada video trailer ini!

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kenali Gerardo “Mako” – Modder Yang Bikin Konsol Biasa Jadi Stylo!

Akaun Twitter Rasmi PES Perli Grafik Wajah Dalam FIFA 19 Yang Tak Lawa