Seperti dijanjikan, malam tadi EA dan DICE telah mengeluarkan trailer penuh untuk Firestorm, mode battle royale yang akan dilancarkan ke dalam Battlefield V.

Bersama-sama dengan trailer sinematik ini, mereka juga telah mengumumkan tarikh pelancarannya. Firestorm akan dikeluarkan pada 25 Mac ini sebagai kemaskini percuma untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Tanpa membuang masa, korang boleh layan trailer penuh berapi ini di bawah — memaparkan aksi sinematik penuh mendebarkan, serta memperlihatkan pelbagai kenderaan yang ada seperti kereta kebal, helikopter dan kendaraan amfibi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.