Setelah sekian banyak laporan dan info tertiris, Activision akhirnya mendedahkan secara rasmi tentang mode battle royale dalam Call of Duty: Modern Warfare.
Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah mode ini adalah standalone free-to-play, bermakna, mode ini adalah percuma untuk semua pemain, sama ada korang memiliki Call of Duty: Modern Warfare ataupun tidak.
Digelar Warzone, game yang berasingan dengan game asal Call of Duty: Modern Warfare ini akan membawakan seramai 150 pemain dalam satu-satu perlawanan, mempunyai dua mode berbeza, dan mempunyai fungsi cross-play antara PS4, Xbox One dan PC.
Dua mode yang akan ditampilkan ialah Battle Royale dan Plunder. Battle Royale adalah mode seperti game-game battle royale yang lain: turun ke kawasan luas, mencari senjata dan gajet terbaik untuk terus hidup dalam kawasan bulatan yang semakin mengecil. Plunder pula ialah mode baharu yang objektifnya adalah untuk mengumpul seberapa banyak ‘harta’. Harta ini akan didapati melalui menumpaskan pemain lawan, aktiviti looting, dan melengkapkan kontrak yang ada dalam game.
Kedua-dua mode ini akan dimainkan di map bernama Verdansk, sebuah map yang mengumpulkan beberapa lokasi ikonik dalam francais Call of Duty, serta penambahan beberapa lokasi lain. Pelbagai kenderaan tersedia untuk ditempur seperti ATV, trak, helikopter dan banyak lagi.
Warzone akan membawakan satu gameplay baharu yang tidak pernah diperkenalkan dalam mana-mana game battle royale sebelum ini. Apabila seseorang pemain telah tewas, mereka akan memasuki satu sistem baharu di mana pemain itu berpeluang untuk hidup semula. Mereka akan ke satu perlawanan 1v1 di map Gulag dengan pemain lain yang juga telah tewas dalam battle royale sebelum ini. Pemain yang memenangi pertarungan 1v1 ini akan hidup semula dan menyambung perjalanan battle royale mereka bersama skuad asal.
Selain pertarungan 1v1 ini, pemain juga boleh dihidupkan semula melalui kerja keras yang dilakukan oleh skuad, sama seperti mekanisme Respawn yang ada dalam Apex Legends, yang turut digunapakai ke dalam Fortnite selepas itu.
Bagi mereka yang memiliki Call of Duty: Modern Warfare, mereka akan boleh mula muat-turun dan mainkan game ini pada 11 malam, 10 Mac 2020. Manakala, mereka yang tidak memiliki Call of Duty: Modern Warfare pula bermula pada 3 pagi, 11 Mac 2020.
Bersedia untuk bertarung dalam dunia battle royale serba baharu!
Comments
Loading…