DLC percuma Star Wars: Battlefront yang pertama, Battle of Jakku akan menemui para pemain bermula hari ini.
Mereka dah pun upload video Launch Trailer untuk DLC terbaru ini (video di atas), dan ia sangat memukau. Ia terasa berbeza dari Launch Trailer untuk game penuh sebelum ini, dengan rentak dan corak yang dipaparkan ada sedikit kelainan.
Ia ditampilkan dengan corak yang lebih pantas serta penuh dengan letupan dan gameplay X-Wing & Tie Fighter, dalam suasana yang lebih huru-hara – seolah-olah disuntik dengan jiwa siri Battlefield.
Battle of Jakku adalah DLC percuma yang pertama untuk game ini, di mana mereka yang pre-order sebelum ini dapat memainkannya pada hari ini, dan bagi yang tidak, mereka akan boleh download-nya pada 8 Disember kelak.
DLC ini berlatarbelakangkan 29 tahun sebelum Star Wars: The Force Awakens – Episod ke-7 untuk siri filem ini yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 17 Disember.
DLC ini juga bakal menampilkan 2 map baru dan 1 game mode baru, iaitu mode Turning Point.
Jom kita tengok pula gameplay sebenar DLC ini berdurasi 10 minit dari IGN.com
JomBaca: Star Wars Battlefront: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Comments
Loading…