in , , ,

Battalion 1944: Nostalgia Perang Dunia Ke-2 Akan Kembali!

Bilakah kali terakhir korang bermain game perang bertemakan Perang Dunia Ke-2?

battalion-1944-03Peminat-peminat setia game perang bertemakan Perang Dunia Ke-2 pastinya melompat kegembiraan mendengarkan berita ini. Segala memori di Battlefield 1942, Call of Duty 2, Medal of Honor dan siri Brothers in Arms akan dikembalikan semula dengan teknologi dan grafik yang terkini!

Game yang dimaksudkan adalah Battalion 1944, sebuah game yang baru sahaja diumumkan, di mana ia di-develop oleh Bulkhead Interactive dengan menggunakan Unreal Engine 4. Game ini menawan semula segala teras yang terdapat dalam multiplayer shooter klasik dan memberikannya nafas baru ke generasi masa kini.

battalion-icon-logo

Secara ringkas, Battalion 1944 adalah game first-person shooter dengan fokus kepada infantry battle. Tiada grinding, tiada sesi-sesi bertani (farming), tiada exosuits yang berteknologikan futuristuk – semuanya adalah skill semata-mata dalam game ini. Game ini bakal menampilkan lokasi-lokasi dunia sebenar dari seluruh dunia seperti jalanan di Carentan, hutam rimba di Bastogne dan banyak lokasi ikonik Perang Dunia Ke-2 yang akan diumumkan kemudian.

Mengetahui feature-feature ini saja sudah cukup untuk membuat semangat nostalgia Perang Dunia Ke-2 kami membuak-buak! Jadi, jom kita tengok official announcement trailer untuk game ini:

Pastinya, korang yang peminat kipas-susah-mati game bergenrekan seperti ini mahu game ini berjaya di-polish dengan baik, bukan? Jadi, jom support diorang melalui Kickstarter diorang di sini.

Battalion 1944 bakal dikeluarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada tarikh yang masih belum diumumkan.

battalion-1944-wallpaper

Jadi, amacam? Sudahkah korang bersedia untuk beraksi semula dengan senapang Kar98 atau melakukan covering fire dengan M1 Garand dalam persekitaran tahun 1940-an, bersuasanakan online competitive yang sangat intense!? Ahh, tak sabar betul! Kongsikan apa yang korang paling tak sabar untuk game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Console Boleh Ubah Visual Settings Untuk Frame Rate Lebih Baik

Layers Of Fear: Misteri Di Sebalik Lukisan!