Setelah begitu banyak laporan yang muncul sebelum ini, sebuah game baharu yang berada dalam universe Batman telah diumumkan oleh WB Games Montreal semasa acara DC FanDome tengah malam tadi.
Berjudul Gotham Knights, ia telah memperlihatkan dua trailer, iaitu satu trailer sinematik berdurasi 4 minit lebih dan trailer gameplay berdurasi 7 minit lebih.
Trailer sinematik telah mendedahkan sedikit gambaran tentang apakah jalan cerita yang bakal disajikan dalam game ini nanti. Batman sudah mati. Kini empat wira Gotham akan menggalas tugas Batman untuk menyelmatkan bandar ini — iaitu Batgirl, Nightwing, Red Hood dan Robin.
Trailer gameplay telah memperlihatkan kepada kita gameplay Batgirl. Apa yang menarik ialah game ini nanti secara keseluruhannya akan boleh dimainkan secara solo atau online co-op dengan 2 pemain. Di pertengahan trailer, Batgirl telah disertai Robin, sekaligus memaparkan gameplay co-op. Trailer ditutup dengan kedua-dua hero ini berentap bersama untuk menumpaskan Mister Freeze.
Gotham Knights akan dilancarkan pada 2021 untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC.
Comments
Loading…