in , , ,

Baru Sebulan Dilancarkan, Bilangan Pemain Battlefield 2042 Lebih Rendah Daripada Battlefield V

Belum lagi memasuki bulan kedua pelancaran, game terbaharu keluaran DICE kini mengumpulkan jumlah pemain yang lebih rendah berbanding game mereka sendiri yang dilancarkan tiga tahun lalu.

Melalui semakan di SteamCharts, dalam tempoh 24 jam yang lepas, bilangan pemain paling tinggi serentak yang dicatatkan Battlefield V adalah seramai 25,269 pemain, manakala Battlefield 2042 pula hanya mencatatkan 18,875 pemain.

Walaupun ini hanyalah jumlah pemain yang tercatat di platform Steam, tentunya platform lain juga dijangka menunjukkan trend penurunan bilangan pemain yang sama.

Bagi yang terpinga-pinga mengapa perkara sebegini berlaku, bolehlah baca reviu kami untuk Battlefield 2042. Dalam reviu Boleh Beli or Boleh!?, kami mengatakan:

“Apa yang boleh kami rumuskan: BF42 merupakan sebuah game yang terlalu dilumuri lumpur kotor yang menyembunyikan permata yang tersembunyi di sebaliknya.”

Sebelum ini, Battlefield 2042 telah menjadi antara game paling banyak menerima reviu negatif di Steam, serta game Battlefield dengan paling rendah rating di Metacritic dalam sejarah — sehingga memaksa pasukan pembangunan Battlefield dirombak secara besar-besaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Prey Sekarang Secara Percuma Di Epic Games Store, Tawaran Sehingga Tengah Malam Ini

Jepun Akan Buka Sekolah Menengah Esports Yang Pertama Tahun Depan