in ,

Baru 3 Minggu Dilancarkan, Dah Ada Beberapa Game Dibuang Dari PlayStation Plus Extra, Deluxe Tanpa Notis

Sebagai peminat tegar PlayStation, pelancaran PlayStation Plus serba baharu yang ingin bersaing dengan Xbox Game Pass sememangnya sesuatu yang amat mengujakan penulis.

Hari pertama pelancaran, apabila melihat senarai game yang begitu banyak ditawarkan dalam Game Catalog, penulis sudah mula merasa rencam. Penulis dah berkira-kira: hari ini nak download game ini, esok nak nak main game itu, lusa nak cuba game ini. Macam budak-budak yang disua gula-gula.

Antara game yang penulis rancang untuk cuba ialah francais Project Cars. Pada hari pertama pelancaran, Project Cars 2 dan Project Cars 3 tersenarai kemas dalam Game Catalog. Penulis pun berangan-angan, minggu-minggu hadapan nak cuba juga game ini.

Waktunya pun tiba untuk penulis download game ini pada hujung minggu lalu. Cari punya cari, kedua-dua game Project Cars 2 dan Project Cars 3 dah hilang daripada Game Catalog.

Awalnya penulis fikir ini mungkin hanyalah glitch yang hanya penulis alami seorang. Penulis meminta rakan yang turut melanggan Extra pula semak. Sah! Kedua-dua game ini dah tiada.

Semakan penulis di laman web rasmi PlayStation untuk senarai game dalam Game Catalog turut mendapati kedua-dua game ini dah dipadamkan dari laman tersebut.

Ketika menulis artikel ini, penulis cubalah membuat carian di Google, kalau-kalau ada pemain lain yang turut membuat aduan terhadap perkara ini. Ternyata nampaknya memang ada. Satu post di Reddit telah menyebutkan hal yang sama dengan pengalaman penulis sendiri.

JomGaming telah menghubungi pihak PlayStation Asia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Dalam emel yang kami hantar, kami bertanyakan sama ada ini hanyalah kesilapan teknikal atau kedua-dua game ini memang sudah dibuang. Walau bagaimanapun, jawapan yang kami terima agak mengecewakan kerana ia tidak pun menjawab soalan.

Jawapan yang kami terima:

“The games on the official website are now available to play as part of the PlayStation Plus Asia launch. More titles will be added soon, along with the lists of catalogue games available in each country/region as PlayStation Plus rolls out.

Terjemahannya:

“Game-game di laman web rasmi kini tersedia untuk dimainkan sebagai sebahagian daripada pelancaran PlayStation Plus Asia. Lebih banyak game akan ditambah tidak lama lagi, bersama-sama dengan senarai katalog game yang tersedia untuk setiap negara/rantau dalam waktu PlayStation Plus dilancarkan nanti.”

Pembuangan ini amat membingungkan. Adakah mereka sebenarnya “tersilap” memasukkan Project Cars 2 dan Project Cars 3 ke dalam Game Catalog dan terpaksa membuangnya semula; ataupun Sony sebenarnya mengadakan perjanjian bersama Bandai Namco untuk menawarkan kedua-dua game itu dalam PlayStation Plus hanya selama 2-3 minggu? Penulis pun tidak pasti bilakah sebenarnya tarikh tepat kedua-dua game ini dibuang kerana bila nak download je tahu-tahu dah hilang.

Kalau ya pun game ini dah dibuang, waktu pembuangannya juga agak mengelirukan. Hal ini kerana Sony sebelum ini mengatakan yang senarai game dalam Game Catalog akan “disegarkan semula” (refresh) pada setiap pertengahan bulan. Sekarang masih lagi di awal bulan.

JomGaming berharap Sony dapat lebih berterus terang dalam perkara ini melalui kenyataan yang lebih jelas. Kalau ya pun ia dibuang, ia seharusnya didahului dengan notis pemberitahuan.

Ini mungkin dua game yang penulis perasan kerana kedua-dua game ini penulis sudah merancang ingin cuba sebelum ini. Mungkin ada game lain yang turut dibuang tanpa notis juga? Agak sukar untuk menjejaknya disebabkan senarai game yang beratus jumlahnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

F1 Manager 2022 Akan Dilancarkan Ogos Ini, Saksikan Trailer Gameplay – Kita Main Sebagai Team Principal

The Last of Us Part I Diumumkan Secara Rasmi, Game Remake Khas Untuk PS5 Berharga RM299