Bapa yang memang layak dapat MVP.

Musim cuti sekolah sememangnya tak dapat dipisahkan dengan sesi berkhitan (bersunat) untuk kanak-kanak Muslim di Malaysia.

Mohd Huzaini Ahmad, 41, merupakan bapa kepada Mohd Hafiz yang berumur 7 tahun. Beliau menyertai acara bersunat beramai-ramai yang diadakan masjid Al-Ikhlas, Jitra, Kedah.

Bercakap kepada New Straits Times, Huzaini menyatakan bagaimana kegelisahan yang dialami oleh anaknya untuk menjalankan prosedur itu. Maka, beliau membenarkan anaknya untuk bermain game Mobile Legends semasa prosedur tersebut dijalankan bagi mengurangkan ketakutannya.

Huzaini menegaskan yang anaknya bukanlah sengaja dimanjakan, tetapi merasa sedikit berdebar, sama seperti mana-mana kanak-kanak yang lain.

Sumber gambar: NST.

“Hafiz berkelakukan biasa pada mulanya, namun apabila nampak kanak-kanak lain menangis, saya terpaksa memberikan telefon pintar saya untuk dia main game.”

“Sekurang-kurangnya game tersebut berjaya menenangkannya dan prosedur dapat berjalan dengan normal.”

JomKomen!