Rockstar akan berhenti menyokong game ini? Jauh sekali tidak.

Bulan hadapan, ia menandakan bahawa Grand Theft Auto V akan memasuki ulang tahunnya yang ke-5. Sepanjang game ini telah dilancarkan pada September 2013, GTA V semakin hampir untuk melepasi jualan 100 juta unit, menjadikannya kini adalah game ketiga paling laris dalam sejarah video game, di belakang Tetris dan Minecraft.

Terbaru, dalam temubual bersama Business Insider, CEO Take-Two (syarikat penerbit game ini), Strauss Zelnick telah bercakap tentang kejayaan GTA V ini.

“Apa yang boleh saya katakan? Kami sangat bersyukur kepada rakan kami di Rockstar Games untuk pencapaian kreatif yang mengagumkan ini, dan kepada semua pasukan yang bertanggungjawab mengedarkannya secara digital/fizikal, dan juga semestinya kepada pemasaran,” kata┬áZelnick.

“Kami tidak pernah menjangkakan yang kami boleh menjualnya kira-kira 100 juta unit dan masih aktif dalam pasaran.”

Beliau turut menekankan bagaimana francais GTA kesemuanya telah berjaya menjual 285 juta unit, dan hampir 100 juta daripadanya datang daripada GTA V sahaja.

Di akhir temubual itu, Zelnick menegaskan yang lebih banyak kandungan bakal tiba untuk game ini pada masa akan datang.

DLC After Hours yang baru sahaja dilancarkan bukanlah kandungan terakhir, kata Zelnick. “Terdapat lebih banyak kandungan bakal tiba.”

Pengesahan ini secara langsung telah menidakkan khabar angin sebelum ini yang mengatakan Rockstar bakal memberhentikan sokongan mereka terhadap GTA V menjelang pelancaran game besar mereka akan datang, Red Dead Redemption 2 pada Oktober nanti.

Apalah agaknya kandungan yang bakal dbawakan dalam GTA Online lagi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.