Siapa yang tidak kenal dengan World of Warcraft. Ia merupakan salah satu MMORPG di PC yang paling popular dan berjaya sepanjang zaman.
Terkini, Blizzard Entertainment nampaknya bakal mengembangkan lagi francais Warcraft untuk menerjah ke arena mobile — satu platform yang menyajikan lubuk keuntungan yang cukup besar.
Dalam laporan kewangan terbaharu, Activision Blizzard telah mengesahkan bahawa terdapat banyak game mobile percuma (free-to-play) yang menggunakan latar belakang universe Warcraft sedang dibangunkan.
“Dalam francais Warcraft, kami berhasrat untuk menampilkan lebih kerap kandungan premium untuk menampung dan memperluas komuniti World of Warcraft,” kata CEO Activision Blizzard, Bobby Kotick.
“Dan kami telah mencipta beberapa pengalaman Warcraft mobile percuma, dan kami sekarang berada dalam pembangunan lanjut berdasarkan IP francais kami. Ini akan mewujudkan peluang-peluang untuk kedua-dua pemain sedia ada dan peminat baharu untuk merasai universe Warcraft dalam suasana serba baharu.”
Tiada butiran lanjut yang didedahkan setakat ini mengenai game-game ini. Menarik untuk kita saksikan apakah genre dan gameplay yang bagaimana game mobile percuma Warcraft yang sedang mereka bangunkan itu.
Comments
Loading…