in , ,

Banyak Game Bagus Mula Meninggalkan PC Game Pass – Hades, NBA 2K22, Two Point Hospital, Banyak Lagi

Seperti biasa, setiap pertengahan bulan, Microsoft akan berkongsikan apakah senarai game baharu yang akan memasuki langganan PC Game Pass, serta senarai game yang akan meninggalkannya.

Senarai game yang akan masuk ke dalam langganan ini untuk bulan ini adalah seperti berikut (berserta tarikh kemasukannya):

  • Coffee Talk (16 Ogos)
  • Midnight Fight Express (23 Ogos)
  • Exapunks (25 Ogos)
  • Opus: Echo of Starsong – Full Bloom Edition (25 Ogos)
  • Commandos 3 – HD Remaster (30 Ogos)
  • Immortality (30 Ogos)
  • Immortals Fenyx Rising (30 Ogos)
  • Tinykin (30 Ogos)

Sebelum ini, kebanyakan game yang meninggalkan PC Game Pass pada setiap bulan adalah game-game kecil yang kurang popular. Namun kali ini, banyak game bagus dan popular yang akan mengundurkan diri pada 31 Ogos nanti, iaitu:

  • Elite Dangerous
  • Hades
  • Myst
  • NBA 2K22
  • Signs of the Sojourner
  • Spiritfarer
  • Twelve Minutes
  • Two Point Hospital
  • What Remains of Edith Finch
  • World War Z

Jadi, kepada korang yang masih belum dan ingin mencuba game-game ini, pastikan korang melakukannya sebelum hujung bulan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Disney Adakan Acara Khas Tunjuk Game-Game Star Wars, Marvel Dan Banyak Lagi September Ini

Microsoft Mengacah Death Stranding Akan Dimasukkan Dalam PC Game Pass?